Tuesday, April 28, 2015

Asam Pedas Melaka yow!!!

Assalamualaikum n Selamat pagiiiiiiiiiiiiiii..

Dah lama x mkn asam pedas melaka.. huhuhuhu... Sbb da lame x gi melaka. Asyik dok terbayang2 asam pedas kat Hajjah Mona tu. Perghhhhhhhhh... Kecur ayaq liur. Gigih cari resepi tau n igt2 kan balik mcmane mak angkat kat melaka tu masak asam pedas. Teringin pny pasal. Hahahaha..

Nak dijadikan cerita, aritu singgah kedai runcit kat rumah tu nk beli lauk nk msk.. Nmpk ikan tenggiri fresh stgh ekor. Nyum2.. Dpt plak bhgn kepala. Mmg favourite husband tu kepala ikan. Terus beli n set dlm kepala "asam pedas melaka" asam pedas melaka". Kemarok!!!!

Da sampai umah, yang konon nya nak masak tu tetiba baru teringat, kat umah xde air weiiiiiiii... SAJ tgh betulkan paip. Kecewa!!! Terus simpan dlm fridge. Esoknya tny org kat umah air da ade lom, sekali diorg kata da ade. Yes!!!! terus suruh keluarkan ikan.. Telan2 air lior membayangkan asam pedas ni. Balik kerja terus kelentang kelentung...





Tadaaaaaaaaaaaaaaaaaaa!!!!!!!!



Forgive me for the rupa ikan yang x berapa hensem tu ye.
Den lupo nk buang muncong seksi beliau...



Penambah rasa.



Sayur favourite kalau ade asam pedas..





Okay, husband kata passed! Yeayyyyyy... Alhamdulillah.. I share resepi nak x? hihihihi... Alaaaa, sukati la. Nak share jgak walaupon i sorg je yg baru nak masak asam pedas melaka ni. Lalalalala..

Resepi Asam Pedas Melaka

Bahan-bahan
Ikan (i guna ikan tenggiri - 1 kepala n 3 kpg isi)
Bawang besar - 1 labu*
Bawang kecil - 5 ulas*
Bawang putih - 3 ulas*
Buah keras - 3 biji*
Halia - sebesar ibu jari*
Kunyit hidup - sebesar ibu jari*
Belacan - ikut suka*
Lada hitam - 1 sudu besar*
(kisar semua bahan bertanda *)
Serai - 2 btg di titik
Cili kering kisar - 4 sudu besar atau lebih ikut citarasa
Asam jawa - ikut citarasa
Asam keping - 2 keping
Daun kesom
Daun kunyit - 2 helai (di mayang mcm bunga rampai tp lebar2)
Daun limau purut - 4 helai
Bunga kantan - 1 dibelah 4
Bendi 
Garam

Cara-cara masak
- Panaskan minyak dan tumis semua bahan kisar. Masak lama sikit sebab ada belacan mentah kan. Campakkan sekali serai. Agak2 da okay masukkan lada boh (i masuk lambat sbb guna lada boh yg da siap blend n masak keringkan). Bila da terbit minyak n bahan dah nampak masak, masukkan air asam jawa (husband suka asam pedas yg pedas n masam so mmg letak asam jawa tu lebih).

-Bila kuah da mendidih baru masukkan ikan, daun kesom, daun kunyit n daun limau purut. Campakkan sekali garam, bunga kantan n asam keping. Agak2 da masak, masukkan bendi, biarkan mendidih sikit dan padam api. Jangan masak bendi lame2, nti lembik sangat. Siap!!


Makan plak ngan sayur taugeh, telur masin n telur dadar.. perghhhhhhhhhhhhhh... bertambah makan.
Now teringat lagi. Cehhh.... Nak pki ayam plak la. hihihihi



Wednesday, April 15, 2015

Bandung!!!

Assalamualaikum..

Cerita last week. Mak Jemahs + Abg Sado's trip to Bandung!!!! Peace yo!
Mengembara ke bumi Bandung. Syurga membeli belah katanya. Mcm biasa tix beli last year. Mcm ye tak ye je nk pegi tu. Dengan tetiba ade probs, tetiba byk keje.. Hati 50-50 nak pergi atau x. Last2 decide pergi jgak, rugi klu x pegi.. Lgpun leh release tension tgk negara org. Tapiiiiii 3 hari 2 mlm tu mcm x cukup je. Next time buat trip lama sikit hongei..

Mak jemahs terdiri drp Shaz, Hawa, K Yat, Mak Kam, Amir (aka Abg Sado) n Me! Pergi 9hb n balik 11hb..


Last minute cik abg xleh hantar. Demam katanya.. So, terpaksa naik bas. End up geng jemahs yg kat opis nak tolong hantar g airport so naik bas pastu turun kat opis. hihihihhi.. sweet angat2..


Breakfast dolu. Diorg ni klu lapo, mulut x reti diam masing2.. Mcm rasa nk gi umrah pon ye jgak, sbb reramai hantar kan. hihihihhi... Thanks korg.


Flight dalam kol 11.30 pg, direct from Senai to Bandung. Sampai2 pak Nana (our supir) da tunggu n zassss terus ke Pasar Baru. Tp kena repeat lg Pasar Baru ni nti kalau ada rezeki lg sebabnya 3 4 jam je kot dlm tu. Tak habis pusing lagi sbb da ptg tu kdi banyak da tutup. Walaupun sekejap, penoh gak tangan memborong kat dlm tu. hihihihihi... Kitorg solat kat ctu je kat tingkat 8.. 

Pengalaman plg xleh lupa is....... toilet dia!!!!!!!! Before this ada jgak baca blog2 yg ckp toilet kat ctu menyeramkan. Maksud menyeramkan kat cni ialah dinding toilet dia pendek je. Erkkkk... Krikk Krikk Krikk... Eh, mmg ko boleh jengah la org sebelah buat ape.. Scary senah oiiii.. Nak xnk terpaksa la jgak guna.. 



Masing2 da kesaruk nyopping dalam tu. Tak kose mak nak amek gambo memasing. Haha.. Rasa cam nak azan je kat telinga memasing time ni.. Kitorg beli telekung, skirt ngan t-shirt dlm ni.. Besar boleh tahan jgak Pasar Baru ni. Eh, kalau nk dtg cni sila pastikan dtg dari time dia bukak sampai tutup hokay.. Kalau x mmg nyesal la.. Ni pon x smpt nk survey kdi2 kain yg best. Nangessss... Kedai da byk tutup bru masing2 igt perut lapo. Last2 panggil Pak Nana amek kitorg kat bawah, gi check in hotel dolu bru cari makan.

Kitorg stay kat Pop! Hotel Festival City-Link Bandung. Sgt teruja tgk hotel tu. Sgt berwarna warni, rasa cam nak lompat2 tgk hotel ni. Best!







Review - Hotel ni sgt berwarna warni, hati siap bunga2 sbb colourful. Bilik sgt selesa, even sepatutnya 1 bilik 2 org, tp kt lepak 3 org utk each room. Ada katil 2 dan sofa bed kat tingkap. If nk tambah bantal kena bayar Rp50,000.00.. Okay la kan. Kitorg letak2 barang sup sap sup sap terus keluar cari makan.. K yat suggest makan kat Mi Akung. Dia kata so far, mmg Baso kat ctu yg paling sedap, so jom kita try!!


First time nak rasa Teh Botol. Selalu dengar org kata sedap gila n a must try drinks. But, cannot go la sbb mcm ada rasa herba pon ye jgak. Tp at least kt try kan. Minum jus mangga, hamek ko mlm tu xleh tdo tekak gatal. mengokol-ngokol batuk x berenti.



Baso mee hoon. Nampak mcm plain je kan. Tp, serious sedap.

Lps makan, balik hotel tp singgah dulu Festival City-Link mall tu. Nak cari sim. X tahan weiiiii hidup tanpa internet. Kitorg beli sim Simpati, suruh adik tu buatkan sekali internet untuk 2 hari. Pastu trus balik bilik krohh krohh..


Wednesday, February 11, 2015

Erti Kerinduan..

Assalamualaikum..

Tahun 2014 merupakan tahun yang penuh dengan cabaran. 2014 juga tahun yang penuh dengan ujian mental dan fizikal. Dalam tahun ini juga hubungan kami makin kuat dan tiada siapa dapat menembusinya. Kami lebih kenal antara satu sama lain. Kami lebih rapat antara satu sama lain. Dengan big boss, boss, pegawai atasan hinggalah yg bawah2. Kami lebih kepada kawan rapat berbanding kawan sekerja. Kami luahkan perasaan, kami share masalah. Ketawa bersama dan menangis pun bersama.

Tahun 2014 jugalah buat julung2 kalinya, kami melihat big boss / ayahanda kami menangis.. Menangis dalam menyampaikan berita tentang ujian yang bakal kami terima. Kami seperti kehilangan arah, semangat kami hilang, terbang entah ke mana. Hari-hari yang kami lalui penuh dengan kemurungan. Adakalanya kami ketawa dan adakalanya kami menangis. Entah.... kami sendiri pun tak tahu, emosi jenis apakah itu..

Berbulan-bulan kami dilayan seperti kami tidak pernah berjasa kepada mereka. Kami ini diandaikan seperti anjing kurap yang hanya menumpang demi secebis daging yang bila-bila masa akan di tendang ke jalanan kembali.. Sungguh hina diri kami ini, di mata mereka. 

Ujian demi ujian kami terima. Ayahanda yang menjadi pelindung kami akhirnya meninggalkan kami. Pemergiannya dalam keterpaksaan.. Sungguh.. Sungguh kami menangis di hari terakhir ayahanda bersama kami. Sungguh.. Sungguh kami terasa dengan kehinlangan beliau. Sungguh.. Sungguh kami tidak tahu dengan siapa lg kami nak bergantung harapan. Waktu itu, air mata menjadi teman setia kami. 

Akhirnya, setelah berbulan2 kami digantung tidak bertali, keputusan telah diberikan. Hanya 2 pilihan yang kami ada. Ada yang nekad untuk pergi, ada yang sampai ke akhirnya tak tahu nk buat keputusan apa.. Makan tak kenyang, mandi tak basah... Tido pon x lena.. 

Masanya telah tiba... Aku kehilangan 9 orang kawan yang aku dah anggap seperti kakak dan abg ku sendiri. Aku ditinggalkan sendirian.. Menangis, aku menangis.. Sehingga kini, aku masih lagi menangis.. Menangis rindukan mereka.. Aku rinduuu... Rindu gelak ketawa mereka. Rindu gurauan mereka. Rindu nak gaduh dengan mereka. Rindu nak peluk mereka.. 











Semoga hubungan persahabatan kita kekal sampai bila2. Walaupun di kejauhan.. Rindu kamu semua ketat2!! Mmuahh2!!!

Tuesday, February 10, 2015

Mintak Nyawaaaaa!!!!

Assalamualaikum..

Ini la yang dinamakan suam2 kuku ek. Hihihiihhi... Lama membisu..

Anyway, last week i follow officer gi Langkawi buat site visit. Nak buat conference akhir tahun ni... Seronok weiiiiii... First time nak jejak kaki kat bumi Langkawi ni. Sebelum ni ade jgak angan2 nak pergi Langkawi memandangkan dok slalu dengar cerita Langkawi ni syorga coklat n pinggan mangkuk.. Ngeeeeeeee. Excited gilos weii. Dok terbayang coklat2 sedap. Nyumsssss...

Kitorang pergi berdua je ngan k fida. Stay sana 3h 2m. Hari nak pergi tu, wallaweeeeehhh.. 5.45 pg katanya dari opis. Fengsan makkk.. Nasib baik sador pg tu. Klu tak, kelauuttt.
Sampai airport Langkawi pukul 11 pg. Terus g sewa kereta.. Ala, sewa kete biasa2 je. Bukannya nak g function ape pon kan. Kitorg sewa viva auto utk 2 hari RM120.00.. Yang bestnya, kitorg pulang kete dalam pukul 4 gitu n dia x charge pun untuk extra hour. And kitorg isi minyak RM20 je sepanjang menggunakan kete tu.



1st day sampai tu xde buat ape pon. Keje nya ukur jalan je. Hihihii.. Almaklumla, sampai awal kan. Nak check in belum bole lagi. So, pusing2 kat pekan Kuah tu singgah la kat Wisma HIG tu. Cuci mata sambil aim coklat ape yang nak dirembat nanti. Rasa cam happy n teruja tgk coklat2 kat ctu. Ate, x pernah sampai lagi la kata kan.. Dapat la rembat 2 3 coklat buat kunyah2 kat hotel. Lps tu trus g hotel n check in n lepak2. K fida ni da byk kali gi Langkawi, so dia suruh la i survey2 kot2 teringin nak gi memane. Tapiii bila da sampai sana, mood mcm kelaut. Panas sgt cuacanya. Golek2 aje la kat hotel kaedahnya.. Last2 pukul 6 ptg trus decide, jom la kak kita ukur jalan. Pusing2 la mane yang patut. Singgah la gi beli minyak gamat kat Nusantara Maju Enterprise, pastu trus g Pantai Cenang. Otw tu kitorang pi pekena Laksa Power tepi laut. Not bad la, sedapp.


2nd day tu jadual penuh buat site visit. Settle sume skali dalam pukul 4. Balik hotel, lepak2 jap solat trus zassss gi bird park. Mula2 dalam otak ni cam.. Errr... Best ke bird park ni. Belasah je la. Masuk RM18 per entry tp kena tunjuk MyKad hokay.









 Love Bird - Kalau salah satu mati, automatik 
pasangan nya akan mati jgak. Sweeeeeet sgt.





And then mlm tu repeat Pantai Cenang. Niat di hati nk cr pakej murah2 gi island hopping. Dapat RM30 utk 3 pulau / 4 jam start pukul 9 pg. Mcm best, tp tetiba hati macam 50-50 plak. Adoiiiiiii... Nak pergi ke taknak neh.. Macam nak, tp mcm mood x mari lg. Fikir punya fikir, kitorg decide x jadi nak pergi.. Meh la kita guling2 dalam bilik hotel je sebelum balik hokayy.

3rd day. Haaaaaaaaa.... Inilah harinya yg kitorg rasa nak mintak nyawaaaaaaa.... Macam nak putus nafas pon ade tau.. Pagi tu lps breakfast semua, kitorg keluar lg gi Wisma HIG nak cari coklat lagi sikit2.. Then gerak ke Dataran Lang, nk amek gambar katanya. Hihihihihi..




Da puas amek gamba, gi makan and balik hotel. Siap2 kemas barang trus gerak ke airport. Flight ke KLIA2 pukul 5.45. Di sinilah bermulanya episod sesak napas ni. Kat airport Langkawi kitorg rilek lagi. Tp kak Fida da 2 3 kali tny agak2 sempat x ni nk kejar flight ke JB plak pukul 7.20 mlm. Masing- nak sedapkan hati, ckp sempat. Hahaha.. Gile kauu... Kitorg sampai kat KLIA2 pukul 6.55 ptg. Tgh nak touch down ni masing2 menyiapkan diri untuk memecut. Setengah jam weiiiiii... Nak claim luggage lagi. Turun je berdesup kitorg lari.. Kaki tu mcm ye tak ye je nak melangkah... Nafas jgn ckp la. Macam orang semput pon ade gak. Smpi kat tempat claim luggage. Ehhhhhhhhhhh.... 15 minit menunggu. Perghhhh... Muka masing2 da pucat da ni. Nak nanges pon ade weeiiiii... Da dpt beg, trus lariii. Dengan x tau boarding kat gate mane, arah pon main belasah je...

Tiba-tibaaaa..... Kitorg kena tahan ngan akak kat ctu.. Dia kata trolley besar x boleh bawak keluar dari area tu.. Adoiiiii... malapetaka apekah ini???? Kena pki trolley kecik. Kitorg pon okay la, siap2 nak memecut. Eh, dia suruh pulang balik trolley besar tu kat tempat dia.

Akak ni da hilang akal ke hape?????!!! Baru je ckp nk kejar flight yg ade lbh kurang 10 minit lg nk boarding weiiiii... Nasib baik ade aci kat ctu yang dengan murah hatinya tawarkan diri utk tlg kitorg hantar balik trolley tu.. Mmg ucapan terima kasih x putus2 kat mulut kitorg utk aci tu... Yang BEST nya. Akak yg tahan kitorg tu siap sound.. Ehh, awak ckp terima kasih kat aci tu je ke?? Saya??

Eh akak ni... Nak je aku pangggg kan!! Kitorg sambil jalan tu sambil ckp terima kasih. Kurang pahala ikhlas kat ctu. Bhahahahahah... Ikutkan, kak fida nk g gate J.. I ckp confirm ke u gate J ni. Ehhhhhh.. Bila tgk balik rupenya gate K hokayyy.. Apekah???? Hahahahah... Xde nya la nak jalan lenggang kangkung. Mmg berlari weiiiiiii.. Nak gi toilet pon tahannnn je. Giler jauh tempat tu. Mmg sesak nafas.. Nasib baik sempat. Beg2 sume kitorg hangkut masuk dalam. X sempat nak check in luggage bagai.. Phewwwwww..... Eh, xleh nak ingat balik la mcmane sesak nafas kitorg berlari masa tu....

Sekian, luahan hati saya yang hampir terlepas flight. Bhahahahahaah... Adiosss

Wednesday, October 1, 2014

Penang - Day 1 (part 2)

Assalamualaikum n Goooood morning Malaysia!! Morning x morning sgt la khennn... Arini nak smbg lg cite Penang.. Bosan x bosan, nak share gambo bebanyak ari ni.. Hahaha.. Muntah hijau la korg tgk gambo arini...

Petang tu xde buat ape pon. Kitorg just buat tour dlm Georgetown tu nak cari street art tp x semua kitorg dpt amek gambo. Ade yg x jmpa, ade yg da rosak, ade jgak yg tambahan dr org lain but still dikatakan sbg hasil seni jgak sbb semuanya unik n kreatif. Lets check it out!!!!
















Petang tu jgak, kitorg ada masuk muzium 3D. Muzium ni kat Padang Kota Lama, dekat dgn S.K  Convent Lebuh Light. Kat Penang ni ade 2 kot muzium 3D ni. Yg lg 1 kat Pengkalan Weld. Klu x silap la..


















Dlm tu akan ada org2 yang akan tlg amek gambar korg dan jgak tlg ajar skali nk pose mcmane... hihihi... seronok tau. Yg gamba mcm glow in the dark tu, bilik tu sebenarnya gelap gile. Diorg suruh on kan flash sesiap kamera kitorg. Kitorg smpi mcm woooowww.... Hebatnya... hihihihi.. 

Mlm tu kitorg dinner kat Nasi Kandar Beratur. Makanan dia biasa2 je. Ayam grg bole thn keras jgak la. Huhuhuhu... Tp lps la tekak i yg teringin sgt nk mkn ns kandar original from Penang..



Amek lauk ayam, telur masin, bendi n sotong - RM12.90


Basikal yg setia menemani kitorg ke mana jua kitorg pergi

Dalam renyai2 hujan mlm tu, sementara nk tunggu Nasi Kandar Beratur buka kitorg jalan2 sekitar Jalan Masjid Kapitan Keling tu cari hotel murah2. Nk ikutkan mmg byk hotel budget kat ctu, cumanya sharing bathroom. X selesa kotttttt.. Last2 jmpa Broadway Budget Hotel. Murah pon murah dan sangatttttt la selesa sbg hotel yg budget. Yang pentingggggg........ Room attached with bathroom. Okay la tu kan. Hihihihi... 

Sy bdk bru nk belajar, klu ade salah tu tlg2 la bg tunjuk ajar ye... Peace.. Cerita Penang day 2 kt smbg di lain hari ehh... Adiosss