Wednesday, October 1, 2014

Penang - Day 1 (part 2)

Assalamualaikum n Goooood morning Malaysia!! Morning x morning sgt la khennn... Arini nak smbg lg cite Penang.. Bosan x bosan, nak share gambo bebanyak ari ni.. Hahaha.. Muntah hijau la korg tgk gambo arini...

Petang tu xde buat ape pon. Kitorg just buat tour dlm Georgetown tu nak cari street art tp x semua kitorg dpt amek gambo. Ade yg x jmpa, ade yg da rosak, ade jgak yg tambahan dr org lain but still dikatakan sbg hasil seni jgak sbb semuanya unik n kreatif. Lets check it out!!!!
















Petang tu jgak, kitorg ada masuk muzium 3D. Muzium ni kat Padang Kota Lama, dekat dgn S.K  Convent Lebuh Light. Kat Penang ni ade 2 kot muzium 3D ni. Yg lg 1 kat Pengkalan Weld. Klu x silap la..


















Dlm tu akan ada org2 yang akan tlg amek gambar korg dan jgak tlg ajar skali nk pose mcmane... hihihi... seronok tau. Yg gamba mcm glow in the dark tu, bilik tu sebenarnya gelap gile. Diorg suruh on kan flash sesiap kamera kitorg. Kitorg smpi mcm woooowww.... Hebatnya... hihihihi.. 

Mlm tu kitorg dinner kat Nasi Kandar Beratur. Makanan dia biasa2 je. Ayam grg bole thn keras jgak la. Huhuhuhu... Tp lps la tekak i yg teringin sgt nk mkn ns kandar original from Penang..



Amek lauk ayam, telur masin, bendi n sotong - RM12.90


Basikal yg setia menemani kitorg ke mana jua kitorg pergi

Dalam renyai2 hujan mlm tu, sementara nk tunggu Nasi Kandar Beratur buka kitorg jalan2 sekitar Jalan Masjid Kapitan Keling tu cari hotel murah2. Nk ikutkan mmg byk hotel budget kat ctu, cumanya sharing bathroom. X selesa kotttttt.. Last2 jmpa Broadway Budget Hotel. Murah pon murah dan sangatttttt la selesa sbg hotel yg budget. Yang pentingggggg........ Room attached with bathroom. Okay la tu kan. Hihihihi... 

Sy bdk bru nk belajar, klu ade salah tu tlg2 la bg tunjuk ajar ye... Peace.. Cerita Penang day 2 kt smbg di lain hari ehh... Adiosss

Tuesday, September 30, 2014

Penang - Day 1 (part 1)

Hihihihi.. Pnjg bebeno tajuk hari ni ye. Uollssss!!!!! Setelah bertahun2 mengidam nak pegi Penang, akhirnya tercapai jgak utk tahun 2014 ni.. Mode - Sgt happy!!!!! Memandangkan husband bz ngan keje je, so crime partner utk ke Penang haruslah bff iollsss ms Wawa Khairi.. ngehngehngeh..


Me n My crime partner ms. Wawa Khairi

Kitorg travel naik Air Asia. Beli tix ms awal thn aritu. Sblm beli tu, tny hawa nak join ke x (tp sebenarnya ala2 paksa rela.. huhuhuhu) and hawa pon kata okay, husband pon da bg green light sbb awal2 da bgtau dia nk g jln2. By the time Air Asia buat sale, x fikir pnjg trus booking.. Prefer weekdays sbb sure x ramai org kan. Bukan ape, sesak2 ni kadang2 pening la..


Guna peta ni untuk rujukan spnjg kat Penang. Kat airport Penang tu mmg ade peta, tp mcm x details sgt. Nsb baik beli peta ni. Sgt detail n sng nk cari tempat. Alhamdulillah, xde sesat2 barat. 

Dari airport nak gi Georgetown tu kena naik bas Rapid Penang 401 (al-maklumla, kitorg travel ala2 low budget gituuu.. hihihihi). Pastu kena turun kat Komtar tau. Tempat2 yg kitorg nk pegi tu semuaaa area Georgetown.
Memandangkan tujuan asal gi Penang ni nak try food dia, moh la i blanja gambo2 makanan kat Penang tu...


1st pit stop. Penang Road Famous Teochew Chendol dan Asam Laksa Kedai Hijau. Kalau nk cari, ni alamat dia : No. 27 & 29, Lebuh Keng Kwee, 10100 Georgetown, Penang. Kalau nak senang, masuk lalu Jalan Penang.. Kdi ni betul2 kat simpang masuk Lebuh Keng Kwee.. Korg akan nmpk stall cendol kat tepi dinding kat lorong tu. Mcm kitorg, terus pegi Kedai Hijau n order cendol kat ctu. Klu korg nk mkn kat stall tu, kena mkn berdiri. Diorg x sediakan kerusi pon. Food dia sedap, cendoi pon sodappppp.... Klu x silap rege asam laksa tu RM4.50 and cendoi tu RM2.00..


Next stop, jln2 tgk buku 2nd hand kat Chowrasta Bazar. Tp tgk jela, klu nk beli tu idok la sbb bwk beg kicik je.. Pengsan plak nti nk bwk berat2 tuh.. huhuhuhu. Pastu ternmpk la kdi2 sewa basikal. Sehari dia charge 1 basikal tu RM15. Ok la sbb kitorg pulang esoknya. Puas naik basikal pusing2 Georgetown. Byk jgak la kdi yg buat sewa basikal ni.


Mi grg Hameed Pata ni kitorg mkn kat Padang Kota Lama. Food court ni betul2 sblah Fort Cornwalls. Boleh tahan ramai jgak la yg mkn kat cni. Sblah kdi ni ade kedai jual coconut shake. Harga mi grg ni RM6.. Nk order kosong bole, nk letak smbl sotong tu pon bole. Tp smbl sotong tu la yg buat mi tu lbh yummehhhh... Sedap sedap!!

Kt smbg lg nti eh... Part 2 kt cite pasal aktiviti mlm dgn Penang street art... Tungguuuuuu..... Daaaaa..

Friday, September 26, 2014

Salam Permulaan

Niat di hati ni untuk ber'blogging' ni da lama da sebenarnya. Tapi... Hari ni bru tercapai. Hihihi....

Salam perkenalan dari saya!😊😊😊